By

 

“Matderihkolaperlih”
Performed By Nam Ron
Presented by Kakiseni International Arts Festival

Show Time:
12th Sept 830pm
13th Sept 830pm
15th Sept 830pm

Show length: 30 minutes

Description:

MatderihkolaperlihMatderihkolaperlih mengisahkan seorang budak lelaki bernama Mat Deris yang berasal dari Kuala Perlis. Ayahnya telah meninggalkan Mat Deris dan ibunya semasa dia masih kecil. Disebabkan kemiskinan, dia hanya mampu menamatkan pengajian setakat sekolah rendah dan kemudian menjadi nelayan bagi meneruskan kehidupan. Bagaimanapun takdir telah mengubah hidupnya, di dalam satu insiden pergaduhan yang dimenangi oleh Mat Derih, dia telah dijulang menjadi ketua samseng di Kuala Perlis. Maka, bermulalah kehidupannya sebagai ketua samseng yang mengutip wang perlindungan dari peraih-peraih dan tokey-tokey ikan di Kuala Perlis. Bagaimanapun suatu insiden di rumah pelacuran yang turut dimilikinya, telah menemukannya kembali dengan ayah yang tak pernah dikenalinya. Matderihkolaperlih adalah fiksyen biografi, lakonan Nam Ron.

Matderihkolaperlih tells the story of a young man named Mat Deris from Kuala Perlis, whose father abandoned him and his mother at his birth. Impoverished, Mat Deris could only study up to primary school and turned to being a fisherman for income. However, fate has more in store for him, and a fight Mat Derih wins turns him into a triad head in Kuala Perlis. Thus begins his new life collecting protection money from others. An incident in a den he owns for sex workers brings him face to face with the father he had never met before. Matderihkolaperlih is a fictional biography, performed by its playwright, Nam Ron. It received the 2003 BOH Cameronian Arts Award for Best Original Script (Bahasa Melayu).

Nam Ron:

Nam Ron mula berlakon teater sejak 1989 di Perlis dan bakatnya dikembangkan ketika beliau berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1996 ketika beliau mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan Diploma Teater di Akademi Seni Kebangsaan. Beliau pernah terlibat dengan pementasan arahan Ahmad Yatim, Khatijah Awang dan Adlin Aman Ramli dan juga pementasan di Singapura pada tahun 2003 dan Jepun pada tahun 2005 sebagai pelakon teater. Nam Ron mula aktif di layar perak apabila dilamar oleh Adman Salleh untuk memegang watak utama dalam filem Paloh, dan sejak itu beliau kerap dilamar oleh pengarah fiem antaranya Yasmin Ahmad (Gubra), Dain Said (Bunohan) dan Tunku Mona Riza (Redha:Beautiful Pain).

Sepanjang 26 tahun penglibatan beliau dalam teater, lebih dari 30 naskah teater telah diarahkan oleh Nam Ron. Berpengalaman sebagai penolong pengarah kepada Dr Zainal Latif, Datuk Syed Alwi, Ahmad Yatim untuk pementasan teater di Istana Budaya dan juga Rosminah Tahir di Auditorium DBKL, Nam Ron gigih berkarya bersama-sama penggiat teater tempatan yang lain seperti Faisal Tehrani, Loh Kok Man, Jo Kukathas dan ramai lagi. Antara pelakon yang pernah berlakon di bawah teater arahannya ialah Adlin Aman Ramli, Khir Rahman, Mislina Mustaffa, Nad Zainal, Dira Abu Zahar, Sofea Jane, Vanidah Imran, Sharifah Amani, Aqasha, Sherry Al-Hadad dan ramai lagi.

Beliau sudah menulis skrip teater lebih dari 20 naskah untuk dipentaskan sejak tahun 1992. Di Pulau Sa Dan Di dan Misi merupakan antara yang dipentaskan di Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak dan Penang untuk teater keliling manakala skrip teater Matderihkolaperlih pula pernah memenangi Skrip Asal Bahasa Melayu Terbaik 2003 dan skrip
Lembu pada tahun 2015 sempena BOH Cameronian Arts Awards. Selain itu, beliau juga menulis untuk filem termasuk filem pendek. Selepas filem indie Gedebe, Gadoh dan Jalan Pintas, Psiko Pencuri Hati merupakan filem mainstream pertama beliau sebagai penulis dan pengarah.

Selepas berkhidmat sebagai tutor di ASK dari tahun 2005 hingga 2010, beliau mula menubuhkan platform untuk pelajarnya meneruskan minat mereka dalam bidang seni iaitu RAT sehingga 2013, dan kini menjadi jurulatih lakon kepada orang ramai termasuk pelakon baru dan juga pelakon sedia ada di Ayaq Hangat Studio miliknya sendiri.

Ayaq Hangat Entertainment on Facebook →